Virynenia isle
여기를 탐색:
일기장

프로필
메시지
친구
고마워

+ follow
사람
NEW LiFE . NEW SPiRIT @ Monday, July 29, 2013

Assalamualaikum sayang sayangku ~

Dah nak dekat 2 bulan aku menetap di Shah Alam ni. Maknenya dah dekat 2 bulan aku jadi mahasiswi uitm Shah Alam :)))) *bangga kejap*. Selama aku jadi siswi kat sini macam macam benda jadi dalam hidup aku. The bad and the good side of life. Life aku dekat sini tak banyak sangat berubah cuma sesetengah benda tu jadi lebih complicated lagi serabut lagi compact dari dulu. Aku pun jadi pening migraine nak adapt situasi skrg time awalawal dulu.

Kat sini, aku bukan lagi belajar dalam suasana yg macam dulu. Dulu dekat Puteri lifestyle aku mmg tkleh bawak sinilah. Haram harus diharamkan keseluruhannya. Dekat Puteri kau nak lepak tepi longkang duduk tepi kaki lima melunjur mana mana terdetik kat hati nak terjerit dari tingkat atas ke bawah semua tkde sape nk heran. Sebabnya semua perempuan sama jantina takde beza. Bila aku jejak sini semua benda tu aku kene tolak tepi jauh jauh . payah aku nak adapt nak menerima kenyataan aku bukan lagi belajar dekat single sex school. Percampuran dua jantina dua cara berbeza dua style dua makhluk ciptaan berbeza buat aku kejung kejap. Gila babe bila fikir balik. Aku yang dah sebelas taun hidup dalam satu jenis komuniti manusia kene berubah musim keadaaan cara kehidupan. 

Minggu MDS antara minggu paling teruk aku pernah redah. Tapi biarlah tinggal kenangan. Sehancus mana pun minggu tu tapi itulah detik permulaan hidup aku dekat uitm ni :) Minggu kedua dekat uitm aku dapat kelas. Bila tengok senarai nama wah ade ciput je kaum adam dalam each class. So tkdelah ramai sangat en kira still girls rules lah kan. Masuk masuk kelas haritu 11 Jun tk silap aku hari Selasa, subject first MUET and aku lambat. Bunyi tak masuk akal kan first day lambat, yes lambat ! Aku dengan Mimi menggila cari class and jumpa akhirnya tapi lambat dalam 5 mins kut. Cuak masuk class dengan lecturer tk kenal member class langsung haram tak tau siapa and ciss masuk lambat pulak tu. Dan dan lah meja tk cukup kat belakang and time tu jugak Mimi bertukang nak turunkan meja nak keluarkan kaki meja angkat berat berat. But then, ade pulak jejaka bagi seat dekat Mimi and aku duduk sorang dekat belakang. Habis class lega tk kene sound ke hape ke. Tapi pemilihan class rep aku rasanya yang paling unik kat dunia ah. Tak pernah lagi rasanya class rep dipilih dengan cara ni. Hanya disebabkan oleh sebuah water bottle warna yellow dia kene select jadi class rep. Like a boss aite ? Hahaha cool kan aku pun terpaku tp mmg ternganga ah time tu. Settle bab class rep. 

Lect Muet kitorang panggil class kitorang Denmark sbb class kitorang 1D so D for Denmark lah kan. At first en nampak budak budak ni aku risau gila mcm mana kalau ade yang sombong tk tentu pasal ? Jenis yang memilih kawan ke ape ke. Risau babe gila risau. Mula mula budak budak ni senyap je semua buat hal sendiri tak bercakap tak interact langsung sampailah class rep aku tbe nak berta'ruf pulak satu hari ni. berta'ruf tu tk silap aku macam ice breaking kot. Sesi nak kenal kenal nak menjalin silaturahim. Yelah kan setahun nak bersama takkan nama pun taktau. Since tu kitorang dah start kenal kenal nama perangai and such. Makin lama the ukhwah makin kuat makin teguh, kira berbatu jauh dari first time jumpa ah. Makin rapat makin kenal antara satu sama lain. Dulu bila tanya first impression orang pasal aku hm banyaknya kata muka aku muka sombong. Banyak dah dengar centu dah lali. Kat uitm lain pulak cerita . Muka aku kira macam muka boleh survive kat mana mana. Means aku ni muka boleh hidup ah campak mana punn. Hebat tk hebat statement tu? And sebijik lg kata kata yang aku selalu dengar kat uitm aku ni ganassssss. GANAS babe ganass. Entah corok mana aku ganas aku pun tertanya tanya. Lagi satu pemarah . Hahaha itu mmg tk dapat aku nak nafikan mmg aku lah tu kalau pemarah. Genetic since lahir weh mana boleh nak campak centu jee.

Yang paling kelakar dekat kelas aku ade 4 org budak seremban including aku. Excluding Mimi yang aku mmg dah kenal since zaman sekolah ada lagi dua orang yg lain. Even tinggal satu bandar sekolah dekat dekat aku tk pernah jumpa dorang. terserempak pun tk pernah. Punyalah dorang kenal member sekolah aku tp haram jadah aku tk kenal. Sad life weh sad life. Hm dekat sini kelas aku cuma ade 6 orang pelajar berjantina berbeza dari aku so dalam kata lain student lelaki lah. Perlu ke aku namakan dorang ? Tak perlu kot ataas dasar  nak menjaga privasi mereka yang terbabit. Awal awal kenal memang serius aku cakap aduh skemanya dorang. Takut aku nak bayangkan tah tah dorang ni keturunan Einstein ke Galilei ke. Yelah aku bayangkan budak lelaki ni jenis yang extream langgar peraturan main redah je tp sekali tengok jenis patuh taat belaka. Dah lama lama maki nampak taring yang disorok. Makin nampak warna masing masing. Kenal punya kenal kira boleh kamcing dah sekarang. Tak sangka boleh ngam dengan dorang sbb aku memang tk pernah sekelas dengan lelaki. 

Kemalasan dikongsi bersama tak tidur siapkan assignment pun sama sama. Tidur dalam kelas time lecture pun berjemaah sekali. Memang kuat gila ukhwah hahhaha. Dalam ramai ramai ahli kelas aku ade wujudnya satu kumpulan kecil yang mana ahlinya aku, Mimi, Mira and Rose. Kitorang berempat boleh kira belangkas bersama ke mana jua tk kira nak redah ape sekalipun. Sweet kan ? Hm aku tau semanis gula gula kapas and lembut. 


Denmark-ians may our bond become stronger day by day. 


Back